Rosyam ketika dihubungi berkata, dia perlu berjumpa dengan kedua-duanya sebelum sebarang keputusan mengenai penggambaran drama itu diambil.
"Saya sudah berjumpa dengan Azma. Ika pula belum bersedia berjumpa saya kerana dia kurang sihat," katanya.
Rosyam bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan polis.
Difahamkan, penggambaran drama berkenaan ditangguhkan berikutan insiden itu.
Kejadian berlaku kira-kira 12 tengah hari ketika penggambaran drama bersiri 20 episod itu memasuki hari kedua.
Harian Metro melaporkan dakwaan Ika ditumbuk dan dipukul di muka serta beberapa bahagian tubuh oleh Azma.
Berikutan kejadian itu, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang pada jam 12 tengah malam semalam.
Sementara itu, Azma ketika dihubungi berkata, dia tidak terkesan dengan isu itu sebaliknya percaya kebenaran akan berpihak kepadanya.
“Saya okay. Tuhan bersama orang yang benar,” katanya.
Menurutnya, dia sudah memberi keterangan kepada polis namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan.
Sumber: Metro Online
0 comments:
Post a Comment