Searching...
Wednesday, November 4, 2015
3:45 AM 0

ANEH TAPI BENAR! Lelaki kacak ini dibuang kerja kerana selamatkan kanak-kanak 7 tahun yang tercekik sandwich


Seorang paramedik digantung kerja selepas tindakannya memberhentikan ambulans untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tercekik tanpa kebenaran.

Qwasie Reid, juruteknik perubatan kecemasan sedang membawa warga emas ke pusat perubatan untuk temu janji doktor apabila seorang lelaki berdekatan sebuah sekolah di Brooklyn menahan ambulannya meminta bantuan menyelamatkan seorang kanak-kanak yang tercekik.

Walaupun dilarang oleh rakan sekerjanya untuk keluar menyelamatkan kanak-kanak itu, Qwaise bagaimanapun tetap bergegas menyelamatkan kanak-kanak berusia 7 tahun yang tercekik sandwich.

Dia bertindak mengeluarkan sandwich tersebut dan memberi bantuan pernafasan kepada kanak-kanak malang itu.

Menurut Qwasie, semasa tiba di lokasi, dia mendapati bibir serta muka kanak-kanak itu bertukar menjadi biru dan tiada sesiapa yang memberi bantuan awal kepadanya.

Namun tindakannya yang memberhentikan ambulans tanpa arahan dan kebenaran telah menyebabkan dia digantung kerja tanpa gaji oleh majikannya.

Qwaise bagaimanapun tidak menyesali tindakannya itu dan berkata dia tetap akan membantu orang ramai walaupun terpaksa berdepan risiko dipecat.

"Sebagai petugas rawatan, saya tidak pedulikan tentang wang," katanya dipetik Metro.uk.

Malangnya, kanak-kanak berkenaan meninggal dunia pada 23 Oktober lalu selepas doktor menghentikan mesin sokongan hayat.

Sumber: Sinarharian

0 comments:

Post a Comment