Searching...
Wednesday, April 22, 2015
9:32 AM 0

Biodata penuh Nur Edora Diyana, bakal isteri Zizan Razak


Selepas kisah putus cinta dengan Emma Maembong, pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak dihambat pula dengan kontroversi bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis kelahiran Terengganu.

Fuh! Gosip ini diperhebatkan lagi apabila ada laporan yang mengatakan gadis yang dikenali sebagai Nor Edora Diyana Hisham ini sudahpun bersama dengan Zizan ketika Emma masih bergelar kekasih Zizan.

Lalu, kami pun cuba untuk merisik siapakah gerangan gadis yang berjaya mencuri hati Zizan Razak. Nah! Ini yang kami jumpa.

Melalui risikan kami di laman sosial gadis ini, tak melampau kiranya kami katakan wajah Edora ini agak mirip dengan wajah bekas kekasih Zizan, Emma Maembong.

Melalui laman Instagram milik seorang kenalan Zizan yang dikenali sebagai Ashraf, kami terjumpa pula foto Edora dengan jejaka ini di Empire Damansara. Aik, kenal rakan atas rakan ke Zizan?

BIODATA PENUH :-

Nama : Nur Edora Diyana Hashim
Umur : 24 tahun
Agama : Islam
Asal : Kuala Terengganu
Pendidikan : Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak
Universiti : Management and Science University (MSU)
Pekerjaan : Pegawai khidmat sambilan di sebuah agensi kerajaan

0 comments:

Post a Comment